Saturday, December 25, 2010

Seksaan pemakan RIBA

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah.dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba,orang yang memberikannya,dan saksi daripada kedua-dua pihak.Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa semuanya sama sahaja.
Antara seksa akhirat yang dipersiapkan oleh ALLAH s.w.t kepada pemakan riba itu disebut dalam hadis yang diriwayatkan Samurah bin Jundub yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Malam tadi aku didatangi oleh dua orang lelaki.Mereka berdua membawa aku kesebuah tanah suci.Mereka berangkat membawaku hingga sampai kesebuah sungai darah.Disitu terdapat lelaki yang sedang berdiri.Ditengah-tengah sungai juga terdapat lelaki yang dihadapannya batu.Orang pertama berusaha keluar dari sungai.Tapi apabila hendak keluar,lelaki kedua melempar mulutnya dengan batu hingga kembali kedalam sungai tersebut.Demikianlah seterusnya setiap kali ia hendak keluar,mulutnya dilempar dgn batu hingga terpaksa kembali lagi.Aku bertanya:"Siapakah lelaki itu?"Lelaki yang bersamaku berkata:"Itulah orang yang suka memakan riba."

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.