Tuesday, December 21, 2010

Penawar ketika kepenatan..

Suatu hari Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan mengisar gandum untuk membuat roti.Saydatina Ali berkata,"Bapa kamu telah datang membawa tawanan perang.Berjumpalah dia dan meminta seorang khadam untuk membantumu".  
     Saydatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bg membantu tugas hariannya dirumah.Bagaimanapun Rasullah s.a.w telah tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.Lalu rasullah s.a.w pergi bertemu dgn puterinya dan menantunya itu.Baginda s.a.w berkata:"Adakah kamu berdua mahu aku ajarkan berkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah(subhanallah 33kali),bertahmid(alhamdulilah 33kali) dan bertakrir(Allahuakbar 33kali).Ia adalah lebih baikuntuk kamu berdua daripada seorang khadam.
     Inilah penawar ringkas yang nabi s.a.w ajarkan kepada anak dan menantunya bg meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saydatina Ali terus mengulang-ulang kalimah Rasullah s.a.w ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah menggalkan semenjak ia diajar kepadaku".





   

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.