Tuesday, December 21, 2010

kisah seorang pencuri kafan!!

Ada seorang pemuda yg kerjayanya seorang penggali kubur.Tetapi pada suatu hari ia mencuri kain kafan mayat untuk dijual.Pada suatu hari,pemuda tersebut terjumpa dgn seorang ahli ibadah untuk menyatakan kesalahannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.Dia berkata,"sepanjang aku menggali kuburuntuk mencari kain kafan,aku telah melihat beberapa perkara yg ganjil yg menimpa mayat tersebut.Lantaran aku merasa sgt insaf atas perbuatanku yg sgt keji dan ingin sekali bertaubat".
Yang pertama.."aku lihat mayat yg pada siang harinya menghadap kiblat,Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,aku lihat wajahnya telah pun membelakangi kiblat.Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?",tanya pemuda itu."Wahai anak muda,mereka itulah golongan yg telah mensyirikkan Allah s.w.t sewaktu hidupnya,Lantaran Allah telah menghina mereka dgn memalingkan wajah mereka dari menhadap kiblat,bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain.",jawab ahli ibadah tersebut.
   Sambung pemuda itu lagi,"golongan yang kedua,aku telah lihat wajah mereka sgt elok semasa dimasukkan kedalam liang lahad.Tatkala malam hari,aku menggali kubur mereka,ku lihat wajah mereka telah bertukar menjadi babi.Mengapa begitu halnya,tanya pemuda itu kepada tuan guru."Wahai anak muda,mereka itulah yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan pertama sekali akan dihisap.Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yg lain".
    Pemuda itu bersambung lagi,"Wahai tuan guru,golongan yg ketiga aku lihat pada waktu siang keadaanya seperti biasa sahaja,tetapi apabila waktu malam aku menggali kuburnya semula,aku lihatnya perutnya terlalu gelembung,keluar pula ulat yang keluar dari perutnya yg terlalu bnyk"."Mereka itu golongan yang gemar memakan harta yang haram.wahai anak muda,"balas ahli ibadah itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.