Tuesday, December 28, 2010

Kehebatan org yg merahsiakan sedekahnya.

Daripada Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda;
"Ketika Allah telah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak,maka Allah menciptakan gunung-ganang dan menancapkannya di atas bumi sehingga berhentilah bumi itu tidak bergerak-gerak lagi.Maka kagumlah para malaikat seraya bertanya:
"Ya Tuhanku,apakah ada antara makhluk Engkau yg lebih hebat daripada gunung-ganang itu?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu besi".
Para malaikat bertanya :
"Apakah ada dikalangan makhluk Engkau yg lebih hebat daripada besi?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu api".
Para malaikat bertanya lagi :
"Apakah ada dikalangan makhluk Engkau yg lebih hebat daripada api?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu air"
Para malaikat bertanya lagi :
"Apakah ada dikalangan makhluk Engkau yg lebih hebat daripada air?"
 Allah menjawab:"Ya ada,iaitu angin".
Para malaikat bertanya lagi :
"Apakah ada dikalangan makhluk Engkau yg lebih hebat daripada angin?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu keturunan Adam yang memberikan sesuatu derma(sedekah) dengan tangan kanannya dan merahsiakan sedekahnya itu sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya,maka itu lebih hebat daripada angin."

Sedekah benteng gangguan syaitan

Pada zaman Nabi Sulaimain a.s ada seekor burung helang datang mengadu Nabi Sulaiman a.s untuk mengadu nasib malangnya  dgn berkata:"Saya telah menetaskan anak dalam sarang sy di atas sepohon pokok kepunyaan sifulan,tapi malangnya dia telah mengambil anak sy itu".Maka Nabi Sulaiman a.s telah memanggil pemilik pokok tersebut lalu melarangnya daripada melakukan kesalahan tersebut.Dalam masa yg sama Nabi Sulaiman a.s berkata kepada dua syaitan:"Kamu berdua sy perintahkan jika pada tahun hadapan org ini mengambil lagi anak burung helang ini,maka tangkaplah dia dan potong menjadi dua,serta lemparkan sebahagian ke timur dan sebahagian ke darat."
   Apabila setahun telah berlalu,pemilik pohon itu telah lupe akan janjinya dgn Nabi Sulaiman a.s.Hatinya begitu tertarik dgn anak-anak helang yang baru menetas di atas pohon keupanyaannya.Dia berhasrat  mengambil anak helang itu untuk dibela .Kebutulan sebelum memanjat pohon untuk mengambil anak helang itu ,pemilik pohon itu telah bersedekah roti kepada org miskin.Apabila hal tersebut di adukan oleh ibu helang kepada Nabi Sulaiman a.s maka Nabi segera memanggil dua syaitan yang telah diperintahkankan memantau kegiatan lelaki pemilik pohon tersebut.
  Nabi Sulaiman a.s bertanya:"Mengapa kamu tidak laksanakan apa yg telah aku perintahkan?"Kedua syaitan itu menjawab:"Wahai khalifah Allah,sesungguhnya ketika pemilik pohon itu sedang memanjat untuk mengambil anak helang, kami sudah sepakat akan menagkapnya.Akan tetapi sebelum memanjat pokok itu,ia telah menderma sebuku roti kepada seorang muslim yg miskin,sehingga Allah s.w.t telah mengutus kepadanya dua malaikat yg telah menangkap kami berdua dan melemparkan kami;sy dilempar ke timur dan kwn sy ini dilempar ke barat dan maksud buruk kami ditolaknya dengan sebab berkat dermanya.
                                                                      (Durratun Nasihin)

Saturday, December 25, 2010

Seksaan pemakan RIBA

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah.dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba,orang yang memberikannya,dan saksi daripada kedua-dua pihak.Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa semuanya sama sahaja.
Antara seksa akhirat yang dipersiapkan oleh ALLAH s.w.t kepada pemakan riba itu disebut dalam hadis yang diriwayatkan Samurah bin Jundub yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Malam tadi aku didatangi oleh dua orang lelaki.Mereka berdua membawa aku kesebuah tanah suci.Mereka berangkat membawaku hingga sampai kesebuah sungai darah.Disitu terdapat lelaki yang sedang berdiri.Ditengah-tengah sungai juga terdapat lelaki yang dihadapannya batu.Orang pertama berusaha keluar dari sungai.Tapi apabila hendak keluar,lelaki kedua melempar mulutnya dengan batu hingga kembali kedalam sungai tersebut.Demikianlah seterusnya setiap kali ia hendak keluar,mulutnya dilempar dgn batu hingga terpaksa kembali lagi.Aku bertanya:"Siapakah lelaki itu?"Lelaki yang bersamaku berkata:"Itulah orang yang suka memakan riba."

Rezeki diawal pagi.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w menerangkan setiap awal pagi,semasa terbit fajar matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi.Yang pertama menyeru,"Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada mereka yang membelanjakan hartanya dijalan ALLAH".Yang kedua,"Musnahkanlah orang yang menahan hartanya(lokek)".

Allah Maha Mengetahui.

Suatu hari,tatkala Saydina Umar melihat seorang kanak-kanak pengembala kambing yang menjaga beratus-ratus ekor kambing,dia ingin menguji ketakwaan kanak-kanak itu.
Berkata Saydina Umar:"Jualkanlah kambing itu seeokor kepadaku.Wangnya kamu ambilah".Kanak-kanak itu menolok permintaan Umar.Saydina Umar berkata lagi:"Apa yang kamu hendak takutkan,tuan kamu tidak akan tahu apa yang kamu lakukan".Kanak-kanak itu bingkas berkata,"kalau tuanku tidak tahu,tetapi ALLAH tahu.
Terkejut Saydina Umar akan ketakwaan kanak-kanak itu.
P/s dariku:Moga cerita ini dapat dijadikan pengajaran yg amat besar bg kita,mmg jelas sekali ketakwaan kanak-kanak tersebut kepada agama ALLAH.Cuba kita renung sejenak,selama kita hidup,pernah terfikir yg ALLAH MAHA MELIHAT semasa kita berbuat sesuatu yang salah,tidak malukah kita dihadapan pencipta kita?Di akhirat,apa yg mampu kita jawab jika ditanya semula oleh ALLAH?
.Ini untuk diriku jua.

Tawakal yang SALAH!

Berlaku pada zaman Saydina Umar,di mana sekumpulan ahli ibadah ,hanya beribadat kepada ALLAH.Saydina Umar bertanya,"Siapa gerangan kamu?".Mereka menjawab:"Kami adalah orang yang bertawakal kepada ALLAH".Saydina Umar menjawab:"Kamu bkn orang yang bertwakal kepada ALLAH.Kamu adalah orang yang suka makan dan kaki makan kerana tidak mahu berusaha.Hanya mengharapkan bantuan org lain.
p/s dariku:Kepada sahabat2 yg masih meneruskan perjuangan dalam pelajaran,atau sudah pun berkerja.lakukanlah ianya dengan usaha yang gigih,Allah akan menilai sesuatu itu dengan amal yg kamu lakukan,bukan pada ganjaran yang kamu dapati.Selepas berusaha barulah kita berdoa dan bertawakal,sesungguhnya ALLAH sahaja yg mengetahui ape yg berlaku dlm hidup kita.Mudah-mudahan kita semua berjaya didunia dan akhirat.Kepada sahabat UiTm,semoga berjaya di semester yang akan datang ni.INSYALLAH

Tuesday, December 21, 2010

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saydina Ali r.a

Wahai Ali.bg orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:
  • tidak berpaut hatinya pada harta benda dunia.
  • tidak terpesona dengan pujuk rayu.
  • benci kepada perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali,bg orang alim ada 3 tandanya:
  • jujur dalam berkata-kata.
  • menjauhi segala yang haram.
  • merendahkan diri.
Wahai Ali,bg orang yang jujur ada 3 tandanya:
  • merahsiakan ibadahnya.
  • merahsiakan sedekahnya.
  • merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali,bg orang yang betaqwa ada 3 tandanya:
  •  takut berlaku dusta dan keji.
  • menjauhi kejahatan.
  • memohon yang halal kerana takot jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali,bg orang ahli ibadah ada 3 tandanya:
  • mengawasi diri.
  • menghisap dirinya.
  • memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t

Penawar ketika kepenatan..

Suatu hari Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan mengisar gandum untuk membuat roti.Saydatina Ali berkata,"Bapa kamu telah datang membawa tawanan perang.Berjumpalah dia dan meminta seorang khadam untuk membantumu".  
     Saydatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bg membantu tugas hariannya dirumah.Bagaimanapun Rasullah s.a.w telah tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.Lalu rasullah s.a.w pergi bertemu dgn puterinya dan menantunya itu.Baginda s.a.w berkata:"Adakah kamu berdua mahu aku ajarkan berkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah(subhanallah 33kali),bertahmid(alhamdulilah 33kali) dan bertakrir(Allahuakbar 33kali).Ia adalah lebih baikuntuk kamu berdua daripada seorang khadam.
     Inilah penawar ringkas yang nabi s.a.w ajarkan kepada anak dan menantunya bg meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saydatina Ali terus mengulang-ulang kalimah Rasullah s.a.w ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah menggalkan semenjak ia diajar kepadaku".





   

kisah seorang pencuri kafan!!

Ada seorang pemuda yg kerjayanya seorang penggali kubur.Tetapi pada suatu hari ia mencuri kain kafan mayat untuk dijual.Pada suatu hari,pemuda tersebut terjumpa dgn seorang ahli ibadah untuk menyatakan kesalahannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.Dia berkata,"sepanjang aku menggali kuburuntuk mencari kain kafan,aku telah melihat beberapa perkara yg ganjil yg menimpa mayat tersebut.Lantaran aku merasa sgt insaf atas perbuatanku yg sgt keji dan ingin sekali bertaubat".
Yang pertama.."aku lihat mayat yg pada siang harinya menghadap kiblat,Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,aku lihat wajahnya telah pun membelakangi kiblat.Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?",tanya pemuda itu."Wahai anak muda,mereka itulah golongan yg telah mensyirikkan Allah s.w.t sewaktu hidupnya,Lantaran Allah telah menghina mereka dgn memalingkan wajah mereka dari menhadap kiblat,bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain.",jawab ahli ibadah tersebut.
   Sambung pemuda itu lagi,"golongan yang kedua,aku telah lihat wajah mereka sgt elok semasa dimasukkan kedalam liang lahad.Tatkala malam hari,aku menggali kubur mereka,ku lihat wajah mereka telah bertukar menjadi babi.Mengapa begitu halnya,tanya pemuda itu kepada tuan guru."Wahai anak muda,mereka itulah yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan pertama sekali akan dihisap.Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yg lain".
    Pemuda itu bersambung lagi,"Wahai tuan guru,golongan yg ketiga aku lihat pada waktu siang keadaanya seperti biasa sahaja,tetapi apabila waktu malam aku menggali kuburnya semula,aku lihatnya perutnya terlalu gelembung,keluar pula ulat yang keluar dari perutnya yg terlalu bnyk"."Mereka itu golongan yang gemar memakan harta yang haram.wahai anak muda,"balas ahli ibadah itu lagi.

Monday, December 20, 2010

hukum menonton wayang dan menyanyi..diambil dari buku isu semasa oleh SITI NOR BAHYAH MOHAMAD

Soalan:Sebagai seorang anak muda,menonton wayang memanglah lumrah.So,OK ke pergi menonton wayang,boleh juga menghiburkan hati dan fikiran.
Jawapan:Secara prinsipnya mmg tak menjadi kesalah untuk menonton wayang.Jika ai digunakan dgn tujuan yang baik,maka baiklah ia.Walaubagaimanapun,semestinya wayang itu tidak melalaikan daripada kewajipan agama.
Eloklah kalau dipilih tajuk yang sesuai untuk ditonton.Kalau filem itu banyak melakukan cerita di ats katil atau dipantai dengan pakaian hanya bikini,maka tidak wajar ditonton.Begitu jua dengan filem yang boleh merosakkan akhlak atau akidah umat islam.
Selain itu,ia mesti bebas dari pergaulan lelaki dan perempuan.Hal ini kerana suasana diwayang lebih mudah mendatangkan fitnah.

soalan:Saya kadang-kadang pening juga,ada org kata tak boleh dgr lagu.Ada juga yang kata boleh tapi kene pilih-pilih.Macam mana kita hendak menentukan lagu it OK atau tidak??
Jawapan:Ada ulama yang berpendapat bahawa menyanyi lagu itu haram hukumnya.Ini mungkin kerana lagu itu melalaikan.Terdapat juga beberapa hadis Nabi s.a.w yang menunjukkan kepada haramnya nyanyian.Antarannya sifat tersebut nyanyian itu menimbulkan sifat nifaq dalam hati.
Walaubagaimana pun,ada juga ulama yg berpendapat bahawa menyanyi lagu itu harus,hal ini kerana mereka berpendapat bahawa tiada sesuatu pun ayat al-Quran dan Hadis yg menyebut bahawa haramnya lagu dan nyanyian.Hadis yang ada tentang pegharaman nyanyian dan lagu adalah tidak kuat dan hadis yg bermasalah.

Mudahnya,lagu itu sebenarnya hiburan.Ada hiburan yang harus dan ada yang haram.Asalnya adalah harus namun jika ada yang haram,maka haramlah ia.Contohnya jika lagi itu mengandungi lafaz yang tidak baik untuk didengar kerana ia menyeru kepada akidah yang sesat,membawa makna pergaulan bebas,minum arak,mencaci agama,para nabi dan membawa kepada naiknya nafsu syahwat,maka lagu ini mestilah wajib dijauhkan.
One more thing,cara persembahan juga mestilah dilihat terlebih dahulu,jika penyanyi mendedahkan aurat,penari dgn tarian yg bernoda,maka eloklah dihindari...

soal jwb puasa...di ambil dari buku jgn remehkan puasa..

soalan:Selalu org sebut bln ramadhan adalah bln yg mulia.Dimanakah mulianya bulan itu berbanding dengan bulan lain???
jawapan:Kelebihan bulan ramadhan sabit dgn al-Quran dan Hadis nabi s.a.w.Sesungguhnya Ramadhan telah dipillih oleh Allah sebagai bulan bg umat islam menunaikan puasa.Firman Allah:
Maksudnya:"Wahai org yang beriman!difardhukan ke atas kamu puasa(Ramadhan)".
                                                                         surah Al-Baqarah:183
Ramadhan juga bulan dimana al-Quran diturunkan.Firman Allah:
Maksudnya:"Bulan Ramadhan yg diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza."
                                                                         surah Al-Baqarah:185
 Malam "Lailatul Qadar" juga wujud pada bulan ramadhan sahaja.Dalam bulan Ramadhan juga disunatkan kita bersolat sunah Terawih.
Selain itu,pada bulan ramadhan pintu syurga dibuka,sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:"Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga".
                                                           Hadis riwayat Bukhari.

bahkan pintu neraka pula ditutup,sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:"Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu syurga,ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan."
                                                           Hadis riwayat Bukhari. 

soalan kedua:Penceramah selalu kata pada bulan Ramadhan semua syaitan dirantai,tapi sy lihat ramai je yang buat maksiat dan mungkar semacam je,macam mana tu??
jawapan:Syaitan dirantai mempunyai bnyk tafsiran.Ada jua yang bertanya,jika syaitan dirantai pada bulan Ramadhan,kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk halus pada bulan Ramadhan..ok,hbs tu apa makna syaitan dirantai???
makna syaitan dirantai:
1)Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan.Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan bulan ramadhan dan bertujuan mencegah syaitan daripada mengganggu manusia muslim.
2)Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.
3)Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadhan dan kurang aktif.Hanya nafsu yg mengawal diri.

Sunday, December 12, 2010

kerinduaanku pada seorang hambaNYA..:(

Kebahagiaan...

Kebahagiaan terletak kepada
=) mereka yang menangis,
=) mereka yang terluka,
=) mereka yang telah mencari,
=) dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.


ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH..:D


Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari.

Berhentilah menunggu petanda

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan!!

Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah
[Al-Aa'raaf 7: 30]

Tuesday, December 7, 2010

JENIS-JENIS MUSIBAH DAN TUJUANNYA!!!

1. Bala

Bila?      Apabila orang yang jahat melakukan kejahatan.
Tujuan   : Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat
Firman Allah  :
"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah al-Anbiya 21:35)

2. Ibtila'

Bila?    Apabila orang baik melakukan kebaikan.
Tujuan   : Supaya mereka kembali kepada Allah iaitu bertaubat.
Firman Allah:
"Dan sesunguhnya Kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan supaya mereka mengambil pelajaran." (Surah al-A'raf 7:130)

3. Kafarah

Bila?   Apabila orang yang baik melakukan kejahatan.
Tujuan  : Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang mukmin
Firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesunguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut 29:2-3

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Monday, December 6, 2010

Doaku Untukmu!!!!

Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjira. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

" Apa doamu pada hari ini?" tanya Ahmad kepada sahabatnya. " Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaan aku lebih daripada biasa," jawab Ali. "Doa kau?" Ali pula bertanya. Ahmad cuma tersenyum tanpa kata apa-apa.


Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah doa aku dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini." "Alhamdulillah. Hari ini kau berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin,"jawab Ali. Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing-masing berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertanya, "Kau pula berdoa apa untuk hari ini?" Ahmad tersenyum. Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad". "Tahniah, Ali". "Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram. "Kenapa dengan anak kau?" "Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan." "Insyaallah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seperti biasa selepas solat. "Bagaimana dengan anakmu?"tanya Ali. "Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat mustajab. Tapi kau..."kata Ali.

"Kenapa dengan aku?" "Mad, aku lihat doamu tidak mustajab."

Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh tersenyum?"
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah." "Doa yang mana? Sebab aku tidak lihat apa-apa perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau sahabatku. Setiap hari, aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNya!"

p/s: Doa kita untuk sahabat, saudara-mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. Manusia selalu mementingkan diri sekalipun dalam doanya kepada Allah!