Wednesday, December 28, 2011



Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 



~ini adalah copy dari page lelaki soleh idaman wanita solehah~

Wednesday, December 21, 2011

Jangan Bersedih,Hidup ini bukan untuk bersedih..



Jika dunia ini tiada keimanan di dalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semngat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yamg harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.


Petikan dari terjemahan buku 'La Tahzan' oleh Dr, 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

Sunday, December 18, 2011

ciri2 SAHABAT menurut Iman Ghazali..

Persahabatan hingga akhir ^_^

 sahabat di SMASKP..^_^..

                                 sahabat di UiTM Pahang..^_^..


Bagaimanakah kita boleh mengukur persahabatan sejati itu??

 Mari kita lihat 12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali di bawah ini:
  1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;
  2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;
  4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;
  5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya;
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;
  9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;
  10. Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu;
  11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;
  12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.

Ingatlah saat terakhir Anda berada dalam kesulitan atau kesusahan...
-Siapakah yang berada di samping Anda?

-Siapakah yang mengasihi Anda ketika Anda merasa tidak dicintai?
-Siapakah yang tetap bersama Anda, bahkan ketika Anda tak bisa memberikan apa-apa?

Itulah SAHABAT Anda... (^_~)


> Apakah kita telah memiliki sahabat sejati seperti itu?
> Bukankah lebih baik jika kita introspeksi diri dulu, apakah diri kita sudah layak disebut sebagai sahabat sejati?




Friday, December 9, 2011


Menurut riwayat, seorang lelaki dating ,menjumpai Rasulullah s.a.w dan berkata: “ Wahai Rasulullah,dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada neraka? “ Rasulullah s.a.w menjawab: “ Dengan lindungan air matamu.” Tanya lelaki itu lagi: “Bagaimana caranya?” Rasulullah s.a.w menjelaskan : “Kucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab mata yang menagis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa.”

~~Air mata adalah tanda keikhlasan, keinsafan, dan petanda bahawa seseorang itu benar-benar takut pada Allah. Orang yang mengucapkan istigfar sambil menitiskan air mata bererti dia betul-betul menyesali perbuatan yang telah dilakukannya. Orang yang menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, dosanya akan diampuni Allah..~~

       Dalam sujud Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuh

Dalam sujud Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta
ALLAHU AKBAR...
ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR


Wednesday, December 7, 2011

cerita sedihku 2005,form 2..@_@"

Kali ini sy nak bercerita tentang diri sy..

Sy ini bukan lah seorang yg sihat seperti kawan2 yg lain,masa tingkatan 2,2005..baru sehari masuk asrama,sy x boleh berjalan,cikgu bawak sy ke klinik swasta,tampin tengah2 malam..doktor syorkan sy ke klinik kerajaan kerana sy dikhuatiri ada penyakit bahaya..esoknya,warden sy,ustaz wan bawa ke klinik pakar repah..sy telah di rawat..bagaimanapun.sy terus dibawa ke hospital tampin..sampai saja disana,ustaz memberitahu ia ada hal kerana menguruskan duit anak2 yatim,kawan sy lah temankan..selang bape jam..doktor telah memberitahu sy yg di sana tidak boleh rawat..ptg itu dgn menaiki ambulance,sy dihantar ke hospital besar seremban,erkkk…1st time kot naik ambulance..mula2 duduk wad 7,wad kelas ke3..ramai sgt2..takot pun ada..siap ada yg meninggal masa tu..dekat2 plak katilnya..bape hari lepas tu,sy pindah wad 5B..wad kelas 2..alhamdulilah,selesa la jugak..hehe…

 x lama sy duduk wad sana..lebih kurang 1 bulan lebuh sikit..semasa di sana,sy juga dihantar terima rawatan di IJN KL.. akhirnya selepas dugaan masuk antibiotic dalam badan sehingga 13 jarum ditukar..sy keluar wad!!..yahooo…masa tu doctor telah bekalkan sy ubat,sekali makan dalam 13 biji rasanya dan 4 kali sehari..kiralah bapa banyak ubat yg sy makan masa itu dengan cuti diberi sehingga hujung bulan 5…

Semasa dirumah,bape hari lepas kuar wad..sy telah membuat kerja PELIK..sy bersama kawan telah kuar ke rumah kosong selang bape rumah,sy telah memetik buah CIKU milik rumah tak bertuan itu,akhirnya sy tak mampu bergerak..badan rasa sakit seperti terpijak kaca..sakit sgt masa tu..badan sy kurus sgt masa itu..hanya Allah dan family sy yg tahu mcm mana keadaan sy yg lemah baru keluar wad dan terus terkena benda keras macam itu..alhamdulilah,sy telah dikenalkan dgn seorang nenek..dia telah membantu sy dgn memandikan sy dgn air masjis rasah dgn limau ape ntah,lupe..hehe…yg kagumnya,nenek itu boleh citer yg sy pegi umah belakang itu ambil CIKU itu..padahal sy tak cerita kat sapa-sapa masa itu..anugerah Allah bagi kat nenek itu..alhamdulilah,sy sihat semula dari sakit pelik itu…

Pada 4 ramadhan tahun 2005,sy kehilangan wan yg jaga sy dari kecik,teman sy semasa di wad..tiap2 hari tngk sy..sedih sgt..sempat bersama arwah semasa arwah tiada..memang amat terasa pada mulanya,ialah..itulah wan sy,itulah sy anggap ibu sy,ayah sy..sume sekali lah…tapi Allah lebih sygkan wan sy..sy redha..
Itulah mulanya cerita sedih sy dan sy rasakan tahun 2005 inilah tahun yg amat mencabar bg sy…^_^

Saturday, November 26, 2011

~~ iStHiKarAh CiNtAKu ~~

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).





  
            = istkhikarah cinta by Sigma=

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..








Thursday, November 24, 2011

tentang CINTA..




sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,
nescaya cinta allah tiada penghujungnya.

sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada allah juga.

ya allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-mu,
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-mu.
namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku.

ya allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-mu.

ya muhaimin, jika
aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-mu.

ya rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-mu.

ya rabbul izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-mu.
ya allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-mu.
ya allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-mu

ya allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-mu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-mu.

ya allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-mu.

Thursday, November 10, 2011

Bila ada pertemuan, maka adalah perpisahan. Begitulah lumrah dalam kehidupan

SaYaNG TaBaHLaH...RiNDu BeRLaLuLaH...CiNTa HaDiRLaH...JiWa TeNaNGLaH...SeSuNGGuHNYa CiNTa KaSiH ALLAH HaKiKaT SeBeNaR CINTA yang ABADI harus DI miliki .

 " langit dan bumi lambang cinta kasih,
wahai birumu langit..kamu tetap indah di mata hamba,
wahai hijaunya bumi...kamu tetap ku kenang selamanya,
wahai bayu ...sampaikan salam sayangku,
bahawa aku tetap setia...menunggu harummu bunga nirwana.."
walau ada beburung cantik menghias angkasa raya,
tapi tak serupa andai kamu menyapa ...menghantar salam sayang,
wahai ALLAH dengarkanlah bisikan hamba,
dalam sedu sedan hamba berdoa
kekalkan sayangku dengannya di dunia hingga ke syurga,
Engkaulah yang maha mengetahui segala-segalanya,
ujian buatku ini adalah sebutir debu berbanding dengan ujian para ambia'
titiplah redha di hati hamba.."

rindu sayu hati dalam kasih sayang.
maafkan diri ini andai ada yang terguris
maafkan diri ini kerana diri masih tak sempurna
maafkan diri ini saat-saat terakhirku sedang menunggu..

~salam kasih sayang penuh kerinduan dari seorang insan yang menanti saat-saat terakhir buat sahabat-sahabat yang disayangi ...... hanya ALLAH saja yang tahu~

Monday, September 12, 2011

7 sunnah penting Rasulullah saw..

Pertama: 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 

Kedua:
   
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. 

Ketiga:
 
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat:
 
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 

Kelima:
 
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 

Keenam:
 
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh:
 Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. 

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua 

Tuesday, August 16, 2011


Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.


Yang kedua adalah PEREMPUAN memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini."(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka)

✿ܓ Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesuaiaan yang mengundang penyesalan.

✿ܓ Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan). BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.

✿ܓ Jangan tunggu sampai esok baru nak berubah, berubahlah sekarang sementara masih diberi peluang olehNYA kerana dirimu begitu berharga..

“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]

DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG..

Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut :

Subuh 
♥●• satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya 
ke dalam neraka selama 60 tahun.

Zuhur 
♥●• satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti 
membunuh 1000 orang Islam.

Asar 
♥●• satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti 
meruntuhkan kaabah.

Maghrib 
♥●• satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang 
itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi 
perempuan).

Isyak
 ♥●• satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai 
hidupnya di atas muka bumi ini.





✿ MANUSIA YANG MUFLIS DI AKHIRAT..✿

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang MUFLIS itu?”

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.”

Lalu Nabi s.a.w. bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia PERNAH mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan.

Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”(Hadits Riwayat Muslim)

p/s : ♥●• Kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada daripada sebarang dosa dan kesalahan. Kita hendaklah selalu meminta ampun kepada Allah s.w.t. dan hendaklah meminta MAAF kepada orang yang teraniaya daripada perbuatan kita. Kita hendaklah meminta HALAL daripadanya ketika kita masih ada dalam dunia ini, walaupun terkadang kita terpaksa merendahkan diri dan terpaksa menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf daripada orang-orang yang berkenaan..

♥●• Biarlah kita dipandang rendah atau hina di dunia ini, asalkan kita terlepas dari bebanan dosa pada hari qiamat nanti. Kita hendaklah BERSEDIA menebus dosa dan kesalahan walaupun dengan maruah dan dengan harta benda yang ada, kerana kita takut jadi terlambat sehingga tiba saat kematian atau kematian orang yang teraniaya dari perbuatan kita, maka terpaksa kita berhadapan dengan orang yang berkenaan di Mahkamah Agung Rabbun Jalil, iaitu di padang Mahsyar nanti..

♥●• Pada kala itu, tiada seorang juga pun yang mahu menerima harta benda sebagai tebusan dosa. Yang mereka mahukan hanyalah BAYARAN daripada PAHALA ibadat yang telah kita lakukan di dunia dahulu, yang mana kita pun pada waktu itu sangat berhajat kepada pahala amalan tersebut. Baiklah kalau pahala yang ada cukup untuk menebus dosa. Kalau tak cukup, maka terpaksa kita menanggung bebanan dosa mereka ke atas bahu kita yang akan menjerumuskan kita ke dalam lubang api neraka. Na’uzubillah min za lik..

Wednesday, August 10, 2011

ikhtiar terakhir dalam jodoh..BERDOA ITU SENJATA MUKMIN..~

cara yang betul :
"sekiranya dia(nama) ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya..maka PELIHARALAH kami dalam batas-batas syariat..sekiranya dia(nama) tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya..maka, jauhilah diriku daripada memikirkannya..dan jauhilah dirinya daripada memikirkan diriku.."


cara yang salah :
"ya ALLAH jika dia memang jodohku, jodohkanlah tetapi jika dia bukan jodohku..jodohkanlah jugak...jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh..kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh lain selain diriku..biar dia tidak berjodoh sama sepertiku, kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah! jodohkanlah denganku.."


p/s : sentiasa MUHASABAH DIRI setiap hari tentang JODOH..dekatkanlah diri dengan ALLAH..wujudkan LINK dengan ALLAH tetapi biarlah dengan hati yang IKHLAS..baca ayat2 cinta dariNYA untuk tambah kekuatan HATI kita..lastly perbaiki diri ke arah yang lebih 

POSITIF supaya semua insan di sekelililng kita sayang kita kerana ALLAH..♥









Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR..

Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG..

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR..

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH..

Jika mahu MAKAN , makan lah.....tetapi jangan lupa BERPUASA di bulan Ramadhan..
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar, singgah di dunia sebelum smpai di akhirat..

sesungguhnya mati itu benar...
siksa kubur itu benar..
alam barzakh itu benar..
alam akhirat itu benar..
siratul mustaqim itu benar..
syurga itu benar...neraka itu benar...

cukuplah mati sebagai peringatan..ubat paling mujarab untuk merawat hati..hati yang mengingati mati akan hidup..yang melupakan mati akan mati..mengingati mati dapat menyuci hati yang gelisah dan resah..ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat..ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan taat..hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati...

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati."(Riwayat Al-Baihaqi)

Ya Allah,ku pohon padaMu kurniakan kekuatan, kesihatan dan kelapangan pada kami dalam melaksanakan ibadat padaMu..kurniakan jua kesembuhan buat saudara-saudara seagama kami yang menderita kesakitan..dan dilanda musibah..semoga mereka sentiasa ditemani kesabaran...ingatkan diriku Ya Allah, andai diriku lupa dan lalai dari mengingatiMu..andai aku alpa dan asyik dengan nikmat dunia...semoga pengakhiran kami dalam husnul khatimah..amin.

Thursday, July 14, 2011

Antara Sebab Penghalang Rezeki

  
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 


"Tiada menolak akan kadar itu melainkan doa dan tiada
 menambah pada umur melainkan kebajikan kerana bahawasanya 
lelaki diharamkan dia daripda rezeki dengan sebab dosa 
yang mengenai akan dia." 
  

Melakukan dosa akan menyebabkan terhalang daripada rezeki 
dan tidur pada waktu subuh juga akan
menghalang rezeki kerana banyak tidur akan membawa kepada 
kepapaan, papa pada sudut harta dan papa pada sudut ilmu.

Antara perkara yang membawa kepada kepaaan adalah : 

1. Tidur sambil telanjang
2. Kencing telanjang
3. Makan dalam keadaan berjunub
4. Makan sambil menyingking atas lambungnya
5. Bermudah-mudah dan membiarkan dengan tumpahan daripada hidangan 
     nasi, roti dan umpamanya.
6. Bakar kulit bawang putih dan bawang merah
7. Menyapu rumah dengan kain
8. Menyapu rumah pada waktu malam
9. Membiarkan sampah pada rumah
10. Berjalan-jalan di hadapan orang-orang tua
11. Memanggil kedua ibubapa dengan nama keduanya
12. Mencungkil gigi dengan tiap-tiap kayu
13. Membasuh tangan dengan selut dan tanah
14. Duduk atas direning pintu
15. Bergantung-gantung atas salah satu daripada dua keping papan pintu
16. Berwudu' di tempat qada hajat
17. Menjahit kain yang di atas tubuhnya
18. Mengeringkan basah-basah muka dengan kain yang dipakainya
19. Membiarkan sarang labah-labah pada rumahnya
20. Bermudah-mudah dengan solat
21. Segera keluar daripada masjid setelah solat subuh
22. Berpagi-pagi ke kedai dan lewat pulang dari kedai
23. Berdoa dengan kejahatan ke atas anaknya
24. Tidak menutup bekas makanan
25. Menghembus pelita dengan mulut
26. Menyurat dengan pen yang diberkas
27. Menyikat dengan sikat yang patah
28. Tidak mendoakan kebaikan kepada kedua ibubapa
29. Membelit serban sambil duduk
30. Memakai seluar sambil berdiri
31. Terlalu jimat
32. Boros
33. Pemalas
34. Bermudah-mudah dalam setiap perkerjaan

-petikan daripada Kitab Taalim al Mutaalim Fi Tariq al Taalum, 
oleh al Allamah Syeikh Burhanuddin al Zarnuji
-wallahu'alam.

Friday, July 8, 2011

Jodoh dan Takdir

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Friday, July 1, 2011

mAdAh unTuK mu WaNiTA

Wanita solehah itu aurat dijaga, 
Pergaulan dipagari, 
Sifat malu pengikat diri, 
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, 
tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah, 
tidak terletak pada kemanjaannya, 
Daya penarik wanita solehah itu, 
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, 
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, 

Bukan dan tidak sama sekali, 
Kepetahan wanita solehah, 
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. 

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, 
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. 

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, 
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, 

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, 
Bersyukurlah diatas apa yang ada, 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. 

Salam perjuangan untuk sahabatku, 
Wanita solehah. 

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah