Friday, December 9, 2011


Menurut riwayat, seorang lelaki dating ,menjumpai Rasulullah s.a.w dan berkata: “ Wahai Rasulullah,dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada neraka? “ Rasulullah s.a.w menjawab: “ Dengan lindungan air matamu.” Tanya lelaki itu lagi: “Bagaimana caranya?” Rasulullah s.a.w menjelaskan : “Kucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab mata yang menagis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa.”

~~Air mata adalah tanda keikhlasan, keinsafan, dan petanda bahawa seseorang itu benar-benar takut pada Allah. Orang yang mengucapkan istigfar sambil menitiskan air mata bererti dia betul-betul menyesali perbuatan yang telah dilakukannya. Orang yang menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, dosanya akan diampuni Allah..~~

       Dalam sujud Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuh

Dalam sujud Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta
ALLAHU AKBAR...
ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.