Saturday, December 25, 2010

Allah Maha Mengetahui.

Suatu hari,tatkala Saydina Umar melihat seorang kanak-kanak pengembala kambing yang menjaga beratus-ratus ekor kambing,dia ingin menguji ketakwaan kanak-kanak itu.
Berkata Saydina Umar:"Jualkanlah kambing itu seeokor kepadaku.Wangnya kamu ambilah".Kanak-kanak itu menolok permintaan Umar.Saydina Umar berkata lagi:"Apa yang kamu hendak takutkan,tuan kamu tidak akan tahu apa yang kamu lakukan".Kanak-kanak itu bingkas berkata,"kalau tuanku tidak tahu,tetapi ALLAH tahu.
Terkejut Saydina Umar akan ketakwaan kanak-kanak itu.
P/s dariku:Moga cerita ini dapat dijadikan pengajaran yg amat besar bg kita,mmg jelas sekali ketakwaan kanak-kanak tersebut kepada agama ALLAH.Cuba kita renung sejenak,selama kita hidup,pernah terfikir yg ALLAH MAHA MELIHAT semasa kita berbuat sesuatu yang salah,tidak malukah kita dihadapan pencipta kita?Di akhirat,apa yg mampu kita jawab jika ditanya semula oleh ALLAH?
.Ini untuk diriku jua.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.