Thursday, May 5, 2011

HIKMAH SETIAP KEJADIAN

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang mengetahui hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu
"Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih."
Sebaliknya, Tok Penghulu tersenyum lalu berkata
"Tak apalah. Mesti ade hikmahnya"
"Apa hikmahnya Tok"
"Tok pun tak pasti. Tapi pasti ada hikmahnya"
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
"Tok bertuah lah. Untung!" Begitulah kata mereka.
Tok Penghulu sebaliknya berkata,
"Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."
Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada satu petang, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya.
Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.
"Malang betul nasib Tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula." Kata mereka.
Tok Penghulu tersenyum dan berkata:
"Ini Ujian Allah, Tentu ada hikmahnya"
Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oelh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.
Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.
Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.
"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menuding jari kearah anak lelaki Tok Penghulu.
Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "MESTI ADA HIKMAHNYA"
Pengajaran:
Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat sisi baik daripadanya. Mereka menerima buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sebaliknya daripada ALLAH..:)


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.