Tuesday, October 19, 2010

Renungkan..SEMENIT SAJA


 
Betapa besarnya nilai uang kertas senilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

 Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas menit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat film.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berpikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola diperpanjang waktunya ekstra namun
kita mengeluh ketika khotbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu lembar Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu birahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari arti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh syrat khabar namun
betapa kita meragukan apa yang dikatakan oleh Kitab Suci AlQuran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan menggema.

Betapa setiap orang ingin masuk sorga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
 berpikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa. 
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
lelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, 
serta terus klik pada icon
DELETE .

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERPIKIR-PIKIR. ..?
Sebar luaskanlah
 & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA BAIK,PENGASIH
DAN PENYAYANG.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, karena anda tidak yakin bahwa mereka
masih percaya akan sesuatu?

Muhasabah Cinta - edCoustic

suke dengan lagu nie..=)

Sunday, October 17, 2010

Kata2 Hikmah..

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4
sifat yang membinasakan, iaitu:
 

. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.


Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :


Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

. Hatinya selalu berniat suci
. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
. Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang
banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga
dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti
hatinya mati.

Untuk berkongsi..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,


"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu,
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Kalimah nie..=)

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah

pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah

 pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah

jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah
 jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah

 jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

jika menghadapi dan menerima musibah..


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah

 sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari  

 tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi
 bisa, karena sudah biasa!

Mencari tahfiah Terbaik.

semalam aq tluka;
hari aku teruji,
biar luka semalam terubat,
biar kisah hari ini tekubur tanpa nisan,

semalam aq derita;
hari ini aq menangis,
biar derita berpanjangan,
asalkan ada hukmah dsebaliknya,
biarkan menangis tanpa air mata,
asalkn tenang tanpa noda...

semalam cerita yang xmgkin berulang..
hari ini akan berlalu dgn seribu erti,
esok akn menjelma mbawa erti

biarkan aku seorang diri sini;
mendayung ke pulau itu,
mengharungi badai,
walau dilingkung karang,
mencari tahfiah terbaik,
tiada tara permata berlian,
untuk aq persembahkan
pada hri nan abadi,

Saturday, October 16, 2010

Sekadar pengetahuan tentang kejadian ROH..

Semua ulama berpendapat bahawa roh adalah benda yang dicipta. Ada sebahagian ulama berpndapat bahawa roh dicipta sebelum badan dan sstgah yg lain berkata roh dicipta selepas badan. Ini berdsarkan:
firman allah dlm surah al a'raf yg bmksud: Dan ingat ketika tuhan kamu mengeluarkn kamu dari sulbi ank adam dan allah mgmbil ksaksian roh mreka, Allah bkata: Bukankah aku ini tuhanmu? Mereka mnjawab ya..

Al- Ghazali berpendpat bahawa roh dicipta selepas jasad berdasarkan hadis yang menerangkan tentang kejadian manusia..kalau roh dicipta sblom jasad tentunya Rasullullah tidak akn kata ditiupkan roh dalam badan. Pandangan ini hampir tepat dan hdisnya tidak bertentangan.

Ahli sunnah wal jamaah berpendapat tidak payah la bckp ttg hakikat roh kerana ini akan menyebabkn sesat fikiran dan kalau fikiran sesat, kita akn menetapkan sesuatu yg tidak wujud atau menafikan prkara yng ada.
(ambil dari sahabatku,terima kasih)..=D

Mengapa Harus Bersedih

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.
Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?  Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Kenangan bersamamu..

YaAllah..gembiranye/sedihnye diri ini pada malam ini..kenape?..kenape?
Ase macam lain je..kuatlah hati ini,jgnlah engkau biarkan diri sedih kerana si dia...Hurm,,nape..
Harap persahabatan ini berkekalan higga ke akhir hayat..bersama kita hadapi bersama susah dan senang..sedih/gembira bersama-sama.. Moga dirimu menjadi seorang insan yg baik,jadi wanita yg solehah..Cinta dan takot hanya pada Allah.rindu pada Rasulullah,syg pada ibu dan ayah..
Maaf jika sy tidak menjadi seorang sahabat yg baik,dapat membimbing awk ke jalan yg benar..sy lemah lagi..
sy sebagai sahabat awk..doakan yg terbaik untuk awk..semoga hubungan ini diberkati...

Friday, October 15, 2010

Tips bagi menghadapi peperiksaan(WElCOME EXAM)..=D

Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua InsyaAllah:
Sebelum peperiksaan;
  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
     
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik.Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Membuat ulangkai yg effektif(marajaah) agar tidak tertekan disaat peperiksaan dan tumpukan pada sesuatu perkara.
  • Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Memperbanyakkan soalan kepada pensyarah agar pensyarah dapat mem bantu kita disaat akhir(pensyarah bg soalan target ke)..hehe
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi.
     
    BETOLKAN IMAN!!
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
    Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
     
    FIZIKAL
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
     

Semoga Berjaya..

Kepada semua kawan-kawan yang akan menghadapi peperiksaan akhir,saya harapkan kita semua dapat lakukan yang terbaik..


Semoga berjaya dalam peperiksaan..
Rumus kejayaan = Usaha+Doa(ibubapa,sendiri,sahabat)+Tawakkal(Yakin apa yg dilalukan semua Allah dah tetapkan)...
SEMOGA BERJAYA...=)

Thursday, October 14, 2010

Maaf semua..

Assalamualaikum..hurm..firstly,saya nak mohon maaf sebab bape ari nie x dapat mangupdatekan ilmu2 yg ada..sibuk sgt dengan test,assingment yang baru lacture bagi..
Semalam dah test computer science..errr..susah gak la...sy sendiri x mampu nak wat..(sedih)..tapi masa 10 minit akhir lactre ckp cm nie.."ok,kamu semua sy bagi bincang"..dgr je ayat tu..sy terus la copy paste kawannye..hahahha...(jahatkan)...mlam ini test math(calculus ii)..harap2 ok jugak la...=)..

Tuesday, October 12, 2010

Istikamah...insyAllah..

Tip mengelak santau

Photobucket

Jika anda makan diluar rumah,pastikan anda membaca ayat penggerak 3x dalam hati sebelum menjamah sebarang minuman atau makanan.Ayat penggerak ialah "bismillahillazi layadhurru.....sami'un aliimm".Andainya jika makanan atau minuman tadi mengandungi santau,insyaAllah bekas minuman/makanan tadi akan pecah,terlucut dari tangan,jatuh dan sebagainya.


Senarai Ayat Penawar Berdasarkan Penyakit Racun Santau
Bil Rawatan Surah Dari Ayat Hingga Ayat Baca 3 kali untuk 3 minggu selepas
1.
Pertama
17:  Al-Isra
79 118 Maghrib atau Isyak
2.
Pertama
41:  Fussilat
25 38 Subuh
3.
Kedua
17:  Al-Isra
79 94 Subuh
4.
Kedua
20:  Ta-Ha
60 70 Maghrib atau Isyak
5.
Ketiga
13:  Ra'd
30 34 Subuh
6.
Ketiga
28:  Al-Qasas
51 59 Maghrib atau Isyak

Santau??..ape tu...

SIHIR SANTAU

Santau adalah salahsatu cabang ilmu sihir dan terbahagi kepada dua :-

1) Santau yang diadun secara hakikat iaitu dengan menggunakan bahan dan kaedah tertentu semata-mata tanpa melibatkan iblis dan syaitan.

2) Santau yang diadun secara hikmat iaitu yang disertakan dengan pemujaan terhadap iblis dan syaitan.Santau ini juga dikenali sebagai santau angin.

Simptom-simptom terkena santau :-

1) Tekak terasa panas dan berpasir.

2) Dada terasa panas bila waktu maghrib keatas.

3) Keluar muntah darah dengan banyak sekali.

4) Batuk berpanjangan yang sukar diubati dengan rawatan moden.

Kaedah merawat santau

1) Sediakan 2 botol besar air mineral dan 21 biji limau nipis.

2) Bacakan fatehah 1x,qursy 7x,al a`raf 117-122 7x,yunus 81-82 7x,thaha 69 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup 10 saat pada air mineral dan limau tadi.

3) Perah 1/2 biji limau pada 1/2 gelas air mineral tadi dan minum 1x pada waktu maghrib untuk 7hari berturut-turut.

4) Perah 2 1/2 biji limau tadi pada 1/2 baldi air paip dan dicampurkan 3sudu air mineral tadi.Lakukan mandian bilasan terakhir air tadi untuk 7hari berturut-turut.

5) Sila baca qursy 7x tiap-tiap lepas solat untuk mantapkan pendinding diri selama sebulan.

6) Sila dengar mp3 ruqyah syariah pada waktu maghrib sebanyak 3x selama sebulan.

 Selain itu,Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut. Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan.

Hebatnya Qalam Allah..Subhanaallah..

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR
Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR
Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran..

Sunday, October 10, 2010

Cinta??? (HALAL atau HARAM)

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata,mesti ada rasa tanggungjawab.

Pesan Imam Ghazali..=)


       Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
  Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
  Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
   Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
  Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati..

Family day cess..!

semalam kami pelajar semester 3 telah menganjurkan "famiy day for civil engginering"..law nak ingat balik,mmg seronok sgt2..yela,1st time pergi dan terus jadi penganjur..sem1 dan 2 xpergi..(malas,hahaha)..alhamdulilah,sepanjang program kat padang B,cuaca ok..sampaikan da kol 1 tnghri pun xperasan sebab cuaca seolah-olah mcm kol 9pg..thanks Allah..
"Baling tepung??"..errrrr..geramnye ngan Izzat..habis kepala,bdan di tuang tepung..huhu,pape pun itulah kenanganku bersama izzat(ijat jom lawan game)..=pp..kesian dgn kawan yg lebih terok kene..dah la kene tepung+air+air manis..adoi..cm mane la 2 ea..huhu..Akhirnya sy masuk acara tarik tali(main tipu,masuk senyap2)..haha..bdn da la kecik,ada hati nak jadi belakang sekali..last2,sy,syukri,wan terpelanting dibuatnye..adush..(sakit kepalaku)..hehehe..biarpun kami sem3 yg menang,tapi kami disqualified sebab terlebih org..mmg la yg pegang tali 15 org..p yang tarik dekat 30org..itulah farmasi kami(hahahahaha)..taniah pada pemenang yang berjaya semalam..besar hamper kami sediakan untuk korang warga "CESS"..hehe
petang2 letih sgt2..lepas wat ape yg patot,tertido masa msg ieyha..sorry..=)..
Seronokkn aktiviti kami..=))

Saturday, October 9, 2010

Diharapkan hari ini lebih baik daripda semalam.

"Jika kamu bekerja, kerjalah dengan bersungguh-sungguh bayangkan kamu akan hidup selama-lamanya dan jika kamu beribadah, lakukanlah dengan penuh tawado' bayangkan kamu akan mati pada esok hari...=)"
Assalamualaikum..
Erm..sedar x sedar,rupenye hari ini da seminggu sy mengenali dirinya..banyak yg sy belajar dan kami berkongsi bersama-sama..hehehe..(syukran siti nur fariha)
Final exam jua makin hampir,ase2 saya da sedia ke???
huhu..jawapan yg paling jujur sy ckp.."x sedia langsung"..hehehehe
24 bermula final exam bg semua UiTM..
bg bidang EC110..sy akan bermula 27.10 ni..pe jam lagi???lebih seratus jam kan??lame lagi la tu..hehehe
ni jadual exam sy(harap pada tarihk2 nie iha sentiasa bersama im)..=)..
27.10(BEL260)..target bel???..B je..huhuhu...
30.10(CTU211)..target ctu??..A/A-...=)
1.11(COMPUTER SCIENCE,125)..target csc??..B+ above..=)..(dekat je ngan CTU trikh nie..=(..)
3.11(CALCULUS II,235)..target??..A...suke2...=)
8.11(SOIL,201)..target??...B+ above..hehehe
14.11(SOLID MECHANICS)..target?? B+ above..=(
pointer ase2 erm..3.2above..=)..
mesti pelikkan..nape sy x target sume yg tinggi...inilah sy..Abdul Rahim..
mmg suke cm nie,selepas SPM..xnak ckp sal SPM...(sedih2..)

KEPADA SEMUA SAHABAT2 UiTM..LEBIH2 LAGI KELAS ECD3KF..
sy harpkan kamu semua berjaya,insyALLAH...

Friday, October 8, 2010

untuk berkongsi bersama-same..

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka daripada dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.

Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).


Thursday, October 7, 2010

Alhamdulilah...=)

ALHAMDULILAH...pendek kan ayat 2?? adakah kita selalu ucapkannya apabila mendapat sesuatu yg mengebirakan kita??..


Syukur ke hadrat illahi kerana kita masih lagi diberi dua nikmat yang besar dalam kehidupan ini...pertama nikmat iman..ape itu agama islam (iman)??sape yang diberi nikmat tersebut..adakah kita bersyukur ats nikmat iman yang ALLAH anugerahkan pada kita??...bersamalah kita renungkan, jika kita kembali pada ALLAH dalam keadaan kufur..apa yang akan kita jawab apabila bertemu ALLAH? Harta dunia,kekasih boleh ke bantu kita??? TIDAK3!!!! itu semua x akan bantu kita dalam menjawab pertanyaan malaikat di kubur nanti..masyALLAH,diharapkan sy dan sahabat semua tidak tergolong dalam golongan yg kufur..

Dari Uthman r.a meriwayatkan,Rasulullah s.a.w bersabda;Barangsiapa yang mati dalam keadaan dia mengetahui ( dan beriman ) bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH,maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga(HR Muslim)

Nikmat yg ke dua..nikmat yang paling kita nampak..iaitu nikmat sihat(hidup)..cube kita renung kembali..apabila sakit..susah tak kita hendak beribadat,membuat sesuatu kerja..jikalah ALLAH tu nak tarik nikmat ini semasa tidur,dalam keadaan bgn dari tidur anggota bdan kita lumpuh..mcm mane??
itu pun msih blh ckp  "ALHAMDULILAH"..sebab ALLAH bg kita peluang untuk bertaubat...

dari Barra' ibn 'Azib r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda;Barangsiapa yang bertemu diantara dua orang islam dan mereka berjabat tangan,dan memuji ALLAh,dan memohon pengampunan daripada ALLAH,maka ALLAH akan mengampuni keduanya(HR Abu Daud)


akhirnya sy harapkan kita same2 sebagai umat akhir zaman ini dapat bersama-sama bgn kembali untuk mengembalikan kegemilangan islam pada zaman Rasullullah dan zaman sahabat...insyALLAH..