soalan:Selalu org sebut bln ramadhan adalah bln yg mulia.Dimanakah mulianya bulan itu berbanding dengan bulan lain???
jawapan:Kelebihan bulan ramadhan sabit dgn al-Quran dan Hadis nabi s.a.w.Sesungguhnya Ramadhan telah dipillih oleh Allah sebagai bulan bg umat islam menunaikan puasa.Firman Allah:Maksudnya:"Wahai org yang beriman!difardhukan ke atas kamu puasa(Ramadhan)".
surah Al-Baqarah:183
Ramadhan juga bulan dimana al-Quran diturunkan.Firman Allah:Maksudnya:"Bulan Ramadhan yg diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza."
surah Al-Baqarah:185
Malam "Lailatul Qadar" juga wujud pada bulan ramadhan sahaja.Dalam bulan Ramadhan juga disunatkan kita bersolat sunah Terawih.Selain itu,pada bulan ramadhan pintu syurga dibuka,sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:"Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga".
Hadis riwayat Bukhari.
bahkan pintu neraka pula ditutup,sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:"Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu syurga,ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan."
Hadis riwayat Bukhari.
soalan kedua:Penceramah selalu kata pada bulan Ramadhan semua syaitan dirantai,tapi sy lihat ramai je yang buat maksiat dan mungkar semacam je,macam mana tu??
jawapan:Syaitan dirantai mempunyai bnyk tafsiran.Ada jua yang bertanya,jika syaitan dirantai pada bulan Ramadhan,kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk halus pada bulan Ramadhan..ok,hbs tu apa makna syaitan dirantai???makna syaitan dirantai:
1)Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan.Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan bulan ramadhan dan bertujuan mencegah syaitan daripada mengganggu manusia muslim.
2)Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.
3)Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadhan dan kurang aktif.Hanya nafsu yg mengawal diri.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.