Monday, December 20, 2010

hukum menonton wayang dan menyanyi..diambil dari buku isu semasa oleh SITI NOR BAHYAH MOHAMAD

Soalan:Sebagai seorang anak muda,menonton wayang memanglah lumrah.So,OK ke pergi menonton wayang,boleh juga menghiburkan hati dan fikiran.
Jawapan:Secara prinsipnya mmg tak menjadi kesalah untuk menonton wayang.Jika ai digunakan dgn tujuan yang baik,maka baiklah ia.Walaubagaimanapun,semestinya wayang itu tidak melalaikan daripada kewajipan agama.
Eloklah kalau dipilih tajuk yang sesuai untuk ditonton.Kalau filem itu banyak melakukan cerita di ats katil atau dipantai dengan pakaian hanya bikini,maka tidak wajar ditonton.Begitu jua dengan filem yang boleh merosakkan akhlak atau akidah umat islam.
Selain itu,ia mesti bebas dari pergaulan lelaki dan perempuan.Hal ini kerana suasana diwayang lebih mudah mendatangkan fitnah.

soalan:Saya kadang-kadang pening juga,ada org kata tak boleh dgr lagu.Ada juga yang kata boleh tapi kene pilih-pilih.Macam mana kita hendak menentukan lagu it OK atau tidak??
Jawapan:Ada ulama yang berpendapat bahawa menyanyi lagu itu haram hukumnya.Ini mungkin kerana lagu itu melalaikan.Terdapat juga beberapa hadis Nabi s.a.w yang menunjukkan kepada haramnya nyanyian.Antarannya sifat tersebut nyanyian itu menimbulkan sifat nifaq dalam hati.
Walaubagaimana pun,ada juga ulama yg berpendapat bahawa menyanyi lagu itu harus,hal ini kerana mereka berpendapat bahawa tiada sesuatu pun ayat al-Quran dan Hadis yg menyebut bahawa haramnya lagu dan nyanyian.Hadis yang ada tentang pegharaman nyanyian dan lagu adalah tidak kuat dan hadis yg bermasalah.

Mudahnya,lagu itu sebenarnya hiburan.Ada hiburan yang harus dan ada yang haram.Asalnya adalah harus namun jika ada yang haram,maka haramlah ia.Contohnya jika lagi itu mengandungi lafaz yang tidak baik untuk didengar kerana ia menyeru kepada akidah yang sesat,membawa makna pergaulan bebas,minum arak,mencaci agama,para nabi dan membawa kepada naiknya nafsu syahwat,maka lagu ini mestilah wajib dijauhkan.
One more thing,cara persembahan juga mestilah dilihat terlebih dahulu,jika penyanyi mendedahkan aurat,penari dgn tarian yg bernoda,maka eloklah dihindari...

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.