Daripada Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda;
"Ketika Allah telah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak,maka Allah menciptakan gunung-ganang dan menancapkannya di atas bumi sehingga berhentilah bumi itu tidak bergerak-gerak lagi.Maka kagumlah para malaikat seraya bertanya:
"Ya Tuhanku,apakah ada antara makhluk Engkau yg lebih hebat daripada gunung-ganang itu?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu besi".
Para malaikat bertanya :
"Apakah ada dikalangan makhluk Engkau yg lebih hebat daripada besi?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu api".
Para malaikat bertanya lagi :
"Apakah ada dikalangan makhluk Engkau yg lebih hebat daripada api?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu air"
Para malaikat bertanya lagi :
"Apakah ada dikalangan makhluk Engkau yg lebih hebat daripada air?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu angin".
Para malaikat bertanya lagi :
"Apakah ada dikalangan makhluk Engkau yg lebih hebat daripada angin?"
Allah menjawab:"Ya ada,iaitu keturunan Adam yang memberikan sesuatu derma(sedekah) dengan tangan kanannya dan merahsiakan sedekahnya itu sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya,maka itu lebih hebat daripada angin."
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.