Rasulullah bersabda:Apabila dua org yang tidak bertemu mencintai satu sama lain kerana ALLAH,maka orang yang lebih mencintai sahabatnya akan lebih dicintai ALLAH...(HR Tabrani & Majma uz Zawaid)
Friday, July 20, 2012
Hanya tinta yang mampu bicara, bila bibir sudah terlalu sulit untuk meluahkan..Aku bukan ustaz, namun aku lelaki Islam...dan aku hamba Allah..walaupun aku tidak sealim mereka, tetapi aku cuba menjaga yang ku terdaya..Dan cuba berusaha untuk menjadi seperti lelaki Islam yang sejati yang bukan hanya pada nama..Dalam hidupku yang ku tahu aku hanya ada Allah, dan Allah telah memberikan mereka yang ku sayangi untuk ku pinjam sebagai peneman mencari arah hidup menujuNYA...pemberian yang sangat berharga bagiku...mereka yang bukan milikku selamanya, tapi milikMu ya Allah...Aku tahu bukan mudah mempertahankan hanya DIA di hati,Ku terbuang ibarat sampah kerana mempertahankan cintaku padaNYA, Mata menangis pilu, tidakka mereka mengerti tentang cintaku?? Tanggungjawabku padaNYA, dan maruah hidupku??Mengapa mereka tidak mahu mengerti??Tangisan bukan kerana ku terbuang hina, tapi kerana ku takut akukan goyah mempertahankanNYA..Ya, Allah...Ku rela begini dari jauh dan terpisah dariMU..waktu dan ketika ini hanya tempatMU ku meluah rasa...pintaku sekuat hatiku yang ketakutan terpisah dariMU..Tolong jangan biarkan aku jauh dariMU...Ambillah aku kembali, insan yang hina ini...Biarku dibenci oleh seluruh dunia, asalkan seluruh jasad dan rohku bersamaMU...kuatkanlah aku Ya Allah....
Subscribe to:
Posts (Atom)