Wednesday, February 2, 2011

Ubat penyakit


v  Jika penyakit itu mensyirikkan Allah s.w.t maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah s.w.t
v  Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa,maka ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah.
v  Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah s.w.t  maka ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut
v  Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah s.w.t maka ubatnya ialah perlu mengambil berat,suka,redha dan cinta kepadanya.
v  Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah s.w.t maka ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah s.w.t dalam semua hal kehidupan
v  Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap ilmu-ilmu Allah s.w.t maka ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi,agung dan  baik akan nilai-nilai Allah s.w.t.

10 perkara sia-sia


Sufyan ats-Tsauri,seorang ulama hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada sepuluh perkara yang masuk dalam kategori sia-sia,iaitu;
1.       Lelaki atau berdoa untuk dirnya sendiri,tapi tidak dimohonkan doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum muslim
2.       Orang yang tiap hari membaca Al-Quran,tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3.       Lelaki yang pergi ke masjid,kemudian ia keluar dari masjid itu tanpa melakukan solat tahiyatul masjid
4.       Orang yang melawati tanah perkuburan,tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur atau tidak mendoakan keselamatan arwah mereka.
5.       Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari jumaat,kemudian ia keluar dari kota itu tanpa solat jumaat berjemaah
6.       Lelaki atau perempuan yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama.tetapi tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7.       Dua orang lelaki yang bersahabat,tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya
8.        Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya,tetapi tidak diacuhkan dan tidak melayani tetamunya itu
9.       Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti
10.   Orng yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kalaparan,sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Fadhilat Solat Lima Waktu


Saiydini Usman r.a diberitakan telah berkata,”Allah s.w.t mengurniakan 9 kurniaan kepada orang yang memelihara solatnya dan mengerjakan pada waktu yang telah ditetapkan iaitu;
v  Dia dicintai Allah s.w.t
v  Dia menikmati kesihatan
v  Selalu dinaungi Malaikat
v  Rumahnya mendapat limpahan barakah
v  Nur taqwa bersinar pada wajahnya
v  Batinnya lembut
v  Dia akan melintas titisan sirat dengan sepantas kilat
v  Dia diselamatkan oleh neraka
v  Jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang Allah berfirman maksudnya,
“Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah gulana.”(Al-Baqarah:38)

Enam Perkara!


Barangsiapa yang mengumpulkan enam,nescaya ia mencari syurga dan meninggalkan neraka;
Pertama
Mengenal Allah s.w.t dan mentaatiNya.
Kedua
Ia mengenali syaitan lalu menderhakainya.
Ketiga
Ia mengenali kebenaran lalu megikutinya
Keempat
Ia mengenali yang batil,lalu menjaga diri daripadanya.
Keenam
Ia mengenal akhirat lalu mencarinya.
(Ali bin Abi Talib)