Thursday, January 27, 2011

Nak Bahagia?

Setiap manusia yg beriman pasti mengingingkan kebahagiaan hidup didunia bahkan di akhirat jugak.Kita tidak semestinya mempunyai simpanan wang jutaan dollar dibank,atau memiliki apartmen mewah,atau berjawatan tinggi,atau mempunyai isteri yang cantik menawan dan suami yg hensom untuk mengecapi hakikat bahagia yg sebenarnya..tapi seseorang itu hanya perlu melakukan 3 perkara sahaja:
      Memelihara Lidah
Kerana lidah..rosak persaudaraanyg terjalin.Kerana lidah,retak hubungan yg tersimpul rapi sebelum ini.Kerana lidah,org lain merana.Bukan senang untuk 'meluruskan' lidah kalau lidah dah biasa mencaci dan mengata org.Sebab itu,kita kene jaga lidah ini daripada menyakiti hati orang lain.Kalau dah tidak tahu apa yg nak dibuat dgn lidah itu,baik ajer diam..dapat elak daripada dosa free!...dalam hadis ada mengatakan yg diriwayatkan oleh Bukharidan muslim: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka ia hendaklah berkata yg baik atau diam"
      Berlapang-lapang semasa dirumah
Maksud disini bukannya nak biarkan rumah jadi lapang gitu aje..tapi kita perlu menghidupkan fungsi rumah itu sendiri sebagai tempat membina keluarga bahagia dan aman damai,serta menjadikan suasana yang membolehkan kita beribadat kepada Allah.Rumah juga merupakan madrasah pertama kehidupan kita untuk beramal,berukhwah dan membina masa depan keluarga .Kalau dah rumah pun tunggang langgang,pastilah hidup pun begitu jua.
      Menangisi kesalahan dan dosa
Percayalah...dosa akan membuatkan hati seseorang itu tidak tenang.Semakin banyak seseorang itu berbuat dosa,maka semakin banyaklah kerisauan dalam dirinya,rasa gelisah yg teramat sgt..Cara untuk menghilangkan dosa ialah dgn bertaubat kepada Allah dan tidak mengulangi kesalahan yg sama.Sesungguhnya beruntung kalau hati seseorang itu sering mengungati dosa-dosa yg telah dilakukan.Demikianlah sedikit kunci kebahagiaan yang di berikan oleh Rasulullah s.a.w dengan penuh makna yang tersirat tetapi besar erti kata untuk kehidupan seharian kita didunia untuk mencapainya.Terpulanglah untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan anda semua.

Sunday, January 23, 2011

BERFIKIR BERSAMA


Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wabihi nasta’in, wasshalatu wassalamu ala asyrafil mursalin, sayyidina Muhammad (S.A.W.) wa alihi washahbihi ajma’in.

USAHA  BEKERJA :

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Tsabit  Albunani berkata :
‘‘Afiah kesejahteraan itu ada sepuluh, sembilan daripadanya di dalam diam, dan satu  di dalam menjauhkan diri dari pergaulan dengan orang  banyak (bebas). Afiah ibadat juga ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya dalam usaha mencari rezeki, dan satu dalam kelakuan ibadat.’’

Abul- Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Nashier bin Yahya berkata :

‘‘Bahwa Nabi Daud a.s. biasa keluar dengan menyamar, lalu menanyakan orang tentang kelakuannya, maka pada suatu hari Malaikat Jibril berupa anak Adam a. s. telah ditegur oleh Nabi Daud  a.s.:

‘‘Hai pemuda,bagaimana pendapatmu tentang  Daud  a.s. ? ’’

Jawabnya :

‘‘Sebaik-baik hamba, hanya ada satu perkara yang kurang baik. ’’


Nabi Daud  a. s.  bertanya  lagi :

‘‘Apakah perkara itu? ’’

Jawabnya :

‘‘Ia makan dari Baitul- maal, padahal tiada seorang hamba yang disayang oleh Allah s. w. t. lebih daripada orang yang makan dari hasil tangannya sendiri.’’

Maka kembalilah Nabi Daud  a. s. ke  mihrabnya sambil menangis terus mohon kepada  Allah s. w. t:

‘‘Ya Tuhan, ajarkan kepadaku usaha yang dapat aku kerjakan sehingga aku tidak lagi mengambil belanja dari Baitul- maal. ’’

Maka Allah  s. w. t. mengajarkan kepadanya  membuat pakaian perang, dan melunakkan besi dengan tangannya sehingga boleh membentuk besi.

Maka bila ia telah selesai dari melayan hajat rakyatnya, ia kembali ke rumahnya untuk membuat baju besi dan dijual untuk perbelanjaan keluarganya.

Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari A’isyah  r. h. berkata :

‘‘Nabi Sulaiman bin Daud  a. s. adakalanya semasa ia khutbah di atas mimbar,  di tangannya  ada memegang janur (daun  kurma) untuk membuat keranjang (bakul), atau lain-lain kerajinan tangan, kemudian jika telah selesai diberikan kepada pelayannya untuk dijual di pasar, bagi menampung  perbelanjaannya.’’

Jabir bin Abdullah  r. a. berkata ;  Rasulullah  s. a. w. bersabda :

‘‘Tiada seorang yang membuka jalan bagi dirinya untuk meminta-minta, melainkan akan dibukakkan  baginya oleh Allah s.w.t. pintu kemiskinan, dan siapa yang menjaga kehormatan dirinya, Allah s.w.t. akan membantu menjaganya, dan siapa yang mencukupkan diri dengan apa adanya, maka  Allah s.w.t. akan mencukupkannya. Bila seorang mengambil tali lalu pergi ke lembah untuk mengambil kayu,  lalu dibawa ke pasar dijual disana dengan satu mud kurma nescaya yang demikian itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang baik ia diberi atau ditolak. ’’

Nabi  s.a.w. berkata :

‘‘Hendaklah kamu berdagang sandang (pakaian, kain baju) kerana ayahmu  Nabi Ibrahim a. s. dahulu ia pedagang sandang.’’

Abu Hurairah  r.a. berkata ; Nabi  s.a.w. bersabda :

‘‘Nabi Zakaria  a.s. bekerja sebagai tukang kayu.’’

Syaqiq bin Ibrahim menerangkan :
Andaikata  Allah  s.w.t. memberi rezeki tanpa usaha, nescaya  manusia akan lebih rusak dan lebih banyak kesempatan berbuat kejahatan, tetapi  kebijaksanaan  Allah s.w.t., menghibur manusia  dengan  usaha  kasab (bekerja), supaya mereka tidak sewenangnya  dapat  membuat kerosakkan.

Saied bin Almusayyab berkata :
‘‘Tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak mengumpulkan harta dari usaha yang halal lalu mengeluarkan kewajipannya, dan menjaga kehormatannya.’’
       
Umar bin  Al  Khathab  r. a. berkata :
‘‘Hai orang-orang fakir/miskin angkatlah kepalamu, dan berusahalah kamu, sebab telah jelas jalannya, dan jangan kalian selalu menjadi beban pada orang lain.’’

Abul-Laits berkata ; Abu Ja’far meriwayatkan dari Abdullah bin Almubarak  berkata :

‘‘Siapa meninggalkan pasar, hilang wibawanya dan rusak akhlaknya .’’

Ibrahim bin Yusuf  berkata  kepada Muhammad  bin  Salamah :
‘‘Hendaknya kamu berusaha di pasar, sebab yang demikian itu menghargai dirimu. ’’

Ja’far Asshadiq dari Muhammad  Albaqir  r.a. berkata ;
Biasa Nabi  s. a. w. pergi ke pasar membelikan hajat keluarganya, dan ketika ditanya tentang usaha, ia bersabda :
‘‘Jibril memberi tahu kepadaku bahawa siapa yang  berusaha untuk mencukupi keperluan keluarganya, supaya tidak berhajat kepada orang, maka itu jihad fisabilillah.’’   

Makhul berkata ;  Nabi  s.a.w.  bersabda :
‘‘Awaslah kamu jangan menjadi tukang mencela, atau tukang memuji, atau tukang menghina, atau berlagak mati. Berlagak mati ialah menggantungkan diri pada  orang lain dan tidak mau bekerja. ’’

Al  A’masy dari Abul Muhariq berkata ; Ketika Nabi s. a. w. bersama sahabatnya  berjalan tiba-tiba  lalu seorang pemuda  yang  tangkas,  maka Abu Bakar r. a. dan Umar r. a. keduanya berkata :

‘‘Alangkah untungnya sekiranya  ketangkasan  dan kekuatan pemuda itu digunakan untuk  jihad  fisabilillah, maka akan lebih besar pahala baginya. ’’

Maka Nabi s. a. w. bersabda :
‘‘Jika ia berusaha untuk kedua orang tuanya (ayah/bonda) yang sudah tua maka ia fisabilillah, dan jika ia berusaha untuk anak-anak yang masih kecil maka itu fisabilillah, dan jika ia berusaha untuk mencukupkan keperluan dirinya supaya tidak meminta-minta kepada orang, maka itu fisabilillah dan jika ia berusaha sekadar untuk kebanggaan  dan mencari nama, maka itu jalannya syaitan.’’

Seorang Hakiem berkata :
‘‘Seharusnya seorang berakal jangan tinggal di negeri yang tidak ada lima perkara ;

  1. Raja  yang  berkuasa.
  2. Hakim  yang  adil.
  3. Pasar  yang  tetap  tegak.
  4. Sungai  yang  mengalir.
  5. Doktor  yang  pandai. ’’
Seorang Hakiem ditanya :
‘‘Apakah sebaik-baik usaha? ’’

Jawabnya :

‘‘Adapun sebaik-baik usaha keuntungan dunia, maka usaha  yang halal untuk menutupi hajat  keperluan, dan untuk persiapan beribadah, dan menabung kelebihan untuk hari Qiamat.

Adapun keuntungan akhirat, ialah ilmu yang diamalkan, dan disiarkan, dan amal shalih yang telah kamu lakukan, dan  sunnah Rasulullah  s. a. w. yang kamu hidupkan.’’

Lalu ditanya :

‘‘Apakah sejahat-jahat usaha ?’’

Jawabnya :

‘‘Adapun di dunia, maka pendapatan yang haram, dan dibelanjakan untuk maksiat, dan  untuk orang yang tidak ta’at kepada Tuhan,
Adapun hasil akhirat yang tidak elok, iaitu hak yang kamu ingkari kerana hasad, dan maksiat yang kamu lakukan terus  menerus, dan kerosakkan sunnah yang  kamu hidupkan kerana zalim dan tidak dipatuhi.’’ 

Wabillahittaufiq wala haula wala quwwata illa billah.  

Friday, January 21, 2011

assalamulaiakum..

Assalamulaikum..kepada semua sahabat yg mengikuti blog ini..ana mohon maaf kerana lama sgt tidak mengupdate blog ini.Ini kerana kesibukan semester baru ini dgn aktiviti makmal,semakin bnyk makmal,semakin bnyk la report yg perlu dilakukan..hurm..walaubagaimanapun,insyAllah ana akan cube berkongsi ilmu dgn kamu semua...dgn izinNYA..