Sunday, June 26, 2011

WANITA YANG LAYAK DICINTAI..~



Sifat wanita yang layak dicintai dapat di lihat dari kerendahan hatinya dengan bersikap hormat kepada sesiapa pun tanpa membezakan darjat dan martabat. Kerana dia tahu setinggi mana pun ilmunya, dia tetap wanita yang mengerti dan tahu tugasan serta tanggungjawabnya sebagai wanita didalam rumahnya.

Dan wanita yang layak dicintai juga sentiasa rendah hati terhadap manusia lain. Walau ada perbezaan, tetapi dia yakin perbezaan itu hanya dimata manusia sebab tidak ada manusia yang berbeza dimata Allah. Ketakwaan dan keimanan seseoranglah yang membezakannya dimata Allah. Wanita yang mulia kerana hidup glamour atau berjawatan tinggi, bukanlah jaminan kebahagiaan. Tetapi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa adalah kunci segalanya.

Seorang wanita yang harus dicintai ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Hasil yang diberikannya adalah madu. Dengan madu tersebut, banyak manusia yang dapat merasakan manfaatnya. Si pencari madu boleh memberi makan anak isterinya dengan menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya.

Wanita yang harus dicintai juga akan menyedarkan umur kita yang sebenar. Menyedarkan waktu yang kita gunakan untuk bebuat kebaikan, membahagiakan orang lain, menghibur orang yang sedang bersedih untuk mencapai keredhaan Allah dan rasa syukur kepada Allah.

Dan wanita yang harus dicintai akan sedar akan dirinya yang tidak dapat lari dari kematian. Dalam mempersiapkan bekalnya, dia akan sentiasa berbuat kebaikkan, dan perkataan yang selalu keluar dari mulutnya adalah zikir sehingga dia mampu mengingati Allah dalam keadaan susah mahupun senang.

Beberapa point untuk dapat menjadi wanita yang harus dicintai :
1.Iman yang kuat,sentiasa taat beribadah, istiqamah dan sabar serta ikhlas.
2.Bersifat Mulia dan Bersifat mulia dalam pergaulan, tingkahlaku dan bertutur kata.
3.Berfikiran positif, tidak buruk sangka dan sentiasa berada dalam senyuman..~

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.