Sufyan ats-Tsauri,seorang ulama hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada sepuluh perkara yang masuk dalam kategori sia-sia,iaitu;
1. Lelaki atau berdoa untuk dirnya sendiri,tapi tidak dimohonkan doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum muslim
2. Orang yang tiap hari membaca Al-Quran,tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang pergi ke masjid,kemudian ia keluar dari masjid itu tanpa melakukan solat tahiyatul masjid
4. Orang yang melawati tanah perkuburan,tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur atau tidak mendoakan keselamatan arwah mereka.
5. Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari jumaat,kemudian ia keluar dari kota itu tanpa solat jumaat berjemaah
6. Lelaki atau perempuan yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama.tetapi tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat,tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya,tetapi tidak diacuhkan dan tidak melayani tetamunya itu
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti
10. Orng yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kalaparan,sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan pesanan anda di sini. Terima Kasih.